Assalamualaikum..
Sekarang ni memang sangat sangat hot rainbow cookies ni. Dah la crunchy, sedap, warna warni dan memang cantiklah. Kalau tengok pun dah menyelerakan, apatah lagi rasa die kan? Boleh makan masa raya, minum petang, doorgift dan sebangainya. Sebab sangat meletopsss cookies ni ada yang jual secara online, cod dan buat sendiri pon boleh. Senang je nak buat cookies ni.. Jom!
Bahan
250 gm Butter
175 gm gula Kastor
100 ml putih telur
200gm Tepung Gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu emplex (perangup biskut)
Pewarna
Cara cara:
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukkan telur sikit sikit hingga sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak cara KAUP BALIK yer...
4. bahagikan kepada 6 bahagian dan warnakan mengikut susunan....
5. Masukkan kedalam piping bag dan buat seperti pic di atas...
6. Panaskan Oven 150C sebelum membakar dab bakar 15 minit.